SITI BEAUTY RICH

Monday, 23 May 2016

Apa Perlu Buat Bila Dapat Tracking Number / Kalau Barang Tak Sampai2

Salam uolls
Sepatutnya menggunakan servis poslaju sgt mudah proses dia. Biasanya pos harini esok sampai.
Malangnya 10%  dari brg di pos pasti akan ada satu masalah seperti di bawah.
Please baca ya.

1. Mula2 Kelly akan bagi Track number. Siapa yang dapat gambar macam ni track number tu no lat atas tu. Semuanya dari EP sampai MY


BELUM TERIMA TRACK - pls whatsapp me back takut terlepas pandang. Tapi kalau dah dapat gambar macam kat atas ni maksudnya dah dapat ler tuu 😅 usah lah ditanya lagi sis mana track saya?? 

Pls keep alert on my instagram feed kalau sy ada delay postage. DELAY POSTAGE TU NORMAL. Nak barang cepat pls beli kat kedai biasa. Beli online bnyk benda boleh jadi. Mungkin sbb kekangan masa saya packing brg, masalah stok atau prabayar poslaju. Mmg dari kelemahan saya, tapi awal2 sy dah inform waktu bg no acc saya, DELAY POS SEHARI DUA TU NORMAL..saya akan sentiasa improve my service dari masa ke semasa 🤗


2) Selepas dapat track, selepas jam 8malam hari pengeposan baru boleh check. Contoh saya kata pos Rabu, sy akan bagi track tu petang Rabu, tapi awak boleh check track tu selepas pukul 8malam Rabu tu.

TRACK NOT FOUND - check again dlm masa 48 jam lepas terima track. Masih tak ada lepas 48jam then baru please let me know. Sy akan tanya kaunter poslaju & check salinan consignment note awk & check kalau sy tertinggal order awk

3) Cara Check. pergi ke link ni 👇
http://poslaju.com.my/track-trace/

4) Masukkan Track ke dalam box tu.
  

5) tekan track akan keluar status uolls.
Kalau track not found, check lagi sekali dalam masa 48jam. Pastikan tulis no betul2 & takde jarak & ada hurup EP MY depan belakang no tu. Kalau masih tak ada, Call Poslaju 1300300300 dan beri no track awk pada dia.

6) Cara baca status tu dari bawah ke atas.

7) Masalah Track,


A) UNSUCCESSFUL DELIVERY : maksudnya takde org kat alamat yang diberi tu. Biasanya poslaju tinggalkan notis. Kalau ada notis boleh terus pergi ke pejabat poslaju tersebut dan ambil brg awk. Diingatkan wakil tak dibenarkan. Hanya awk je yg boleh pergi ambil. Jangan lupa bawak IC ya.
-kalau takde notis pun boleh je pergi ambil di poslaju. Bagi no tracking awk pada dia. Tapi pergi keesokkan/2hari selepas tu lah. Sbb brg awk masih ada dalam van poslaju tu ha.
-Kalau malas nak g ambil sendiri boleh call poslaju berdekatan atau 1300300300 untuk minta penghantaran kali kedua.
-Biasanya poslaju akan cuba hantar lagi sekali keesokkan harinya atau 2 hari. Kalau masih tak berjaya sbb takdr org kat alamat, boleh minta penghantaran kali ketiga. Tu yang terakhir. Kalau masih tak berjaya hantar, sila lah ambil sendiri di pejabat poslaju. Siapa suruh takde org kat rumah. Huhu.. kalau 2minggu barang tak dituntut, poslaju akan hantar balik kepada alamat saya.

Kalau ini berlaku, sy terpaksa cas postage lagi sekali rm7 sm rm11 ss kalau awk nak sy pos balik brg awk ya. Kalau tak sy akan refund duit awk tapi tolak duit postage pertama yang membazir tadi tu. 😁

B) STATUS TRACKING NUMBER AWK TAK BERGERAK2/UPDATE SELAMA 3HARI
Terus call 1300300300
Bagi track awk
Dia akan tanya awk penerima ke pengirim.
Cakap awk penerima.
Dia akan minta nama/alamat/nofon pengirim & penerima. Nanti sy akan berikan kertas poslaju yang ada maklumat sy tu.
Dia akan bagitahu apa masalahnya dan akan cuba selesaikan. Kalau dia ada bagi no report silakan simpan ya.

Nak email pun boleh.
email ke care@pos.com.my

Contoh email sy dgn poslaju 👇



Jadi kalau ada apa2 masalah buat je macam Kelly ajar atas ni ya. Kelly takut lambat respon pada uolls.
Tapi harap2 tak ada masalah dgn brg uolls dan selamat sampai secepat mungkin. 😊