Ramai orang cuba menjadikan modal sebagai alasan untuk sukar memulakan perniagaan sendiri.
Tapi tahukah anda, satu model bisnes yang dapat bermula tanpa modal?
Bisnes dropship.
Model bisnes ini sudah lama popular di negara seperti US tetapi baru mendapat nama di pasaran Malaysia. Dropship konsepnya mudah. Kita tak payah susah-susah cari modal untuk beli stok barang fizikal. Tak perlu menyimpan stok. Hanya promosikan barang dan selebihnya akan diuruskan syarikat dropshipper. Syarikat dropshipper akan berikan harga yang lebih murah daripada harga pasaran. Perbezaan harga tersebut kita simpan sebagai profit (untung) jualan produk yang dijual.
Mari kita tengok dengan lebih jelas.
![]() |
Cara Dropship |
3 orang terlibat di dalam proses ini iaitu
1) penjual (anda)
2) pembeli (customer)
3) dropshipper (saya yang pegang stok dan pos brg customer anda)
Prosesnya seperti berikut:
1) penjual (anda)
2) pembeli (customer)
3) dropshipper (saya yang pegang stok dan pos brg customer anda)
Prosesnya seperti berikut:
1. Penjual (anda) akan meletakkan gambar dan detail produk di IG/FB/BLOG/WECHAT anda. Harga anda mark-up/tambah sendiri daripada harga dropship dalam list. Jangan jual kat customer harga dropship tu pulak. Mana nak dapat untung anda? 😂
2. Pembeli (customer) akan membuat pembayaran untuk membeli produk tersebut.
3. Pembeli membayar harga produk tersebut dengan harga pasaran dan kos penghantaran.
4. Penjual (anda) terus menyerahkan order detail mengikut format kepada dropshipper (saya ) beserta dengan bayaran produk tersebut (harga dropship+kos penghantaran).
5. Dropshipper (saya) akan menghantar produk tersebut terus kepada pembeli.
Kelebihan Bisnes Dropship
1. Tak perlu modal untuk beli barang.
2. Tak perlu simpan barang (inventory). Tak perlu risau barang tak habis.
3. Bagi mereka yang masih bekerja sepenuh masa, dengan bisnes model ini, anda tidak lagi perlu pening kepala untuk menguruskan urusan penghantaran. Semuanya telah disediakan oleh pihak dropshipper.
4. Boleh buat secara part time. Memandangkan hampir 70% kerja-kerja pengurusan telah disiapkan oleh orang lain,maka anda tidak perlu masa yang banyak untuk menjalankan bisnes ini. Anda hanya perlu promosi sahaja. Dapat order, beri kepada dropshipper, kemudian dropshipper hantar barang. Siap. Mudah.
5. Risiko yang rendah. Modal untuk beli barang tak perlu. Kedai tak payah sewa.
![]() |
Gambar Rajah lain untuk lebih faham |
![]() |
Gambar Rajah lain untuk lebih faham |
Good Luck & Semoga Murah Rezeki!!
No comments:
Post a Comment