SITI BEAUTY RICH

Monday, 10 December 2018

TRACKING NUMBER TU APA


*KENAPA KENA CHECK TRACK*
Untuk makluman cik, barang sudah dipos jadi sekarang barang  dah ada pada poslaju untuk dihantar pada cik.
Jadi, untuk tahu barang dimana & kenapa tak sampai lagi cik kena check track tu untuk tahu barang dah ada kat mana & apa proses poslaju tengah buat sekarang.
*MACAM MANA NAK CHECK TRACK TU*
tracking number yang saya bagi tu cik perlu copy & paste dekat website kat bawah ni 👇👇👇 pastikan rapat semuanya & jangan ada tertinggal satu huruf & nombor pun.
https://www.poslaju.com.my/track-trace-v2
*SAYA TAK FAHAM LAH APA MAKSUD TRACK NI*
kalau cik tak faham,hanya perlu check track ni banyakkkk kali sampailah dia update OUT FOR DELIVERY. tu maksudnya poslaju dah bawa keluar barang tu on the way nak hantar kat cik. jadi tolong pastikan ada orang kat alamat cik tu.
poslaju ni memang akan singgah dulu sana sini sampai lah selamat sampai kat poslaju kawasan alamat cik tu.
_untuk poslaju Johor barang kemungkinan memang lambat sikit_
Kalau dia tulis UNSUCCESSFUL DELIVERY haa tolong lah call poslaju kawasan cik tu dan aturkan penghantaran kali kedua sebab tu maksudnya tak ada orang kat alamat cik waktu poslaju nak hantar barang tu.
Kalau nak lagiii cepat ambil sendiri di poslaju tu.
Selepas seminggu tak dituntut poslaju akan pulang balik barang kepada saya, untuk pos semula cik kena bayar lagi RM8 pada saya.
*KALAU CIK TAK FAHAM LAGI*
terus call poslaju 1300300300 dan bagi tracking number tu. Kemudian tanya lah mereka apa2 mesti ada jawapan.

Friday, 17 August 2018

MASALAH TRACK NOT FOUND / TRACK TAK JALAN2

‼️‼️POSLAJU

kalau yang dah lama bisnes online guna poslaju mesti tahu bout this. tapi ada yang maybe baru start bisnes online still tak ada pengalaman.

sy dah bisnes online 3tahun lebih and mmg guna poslaju. sebagai dropship uolls kena tahu benda ni supaya senang nak explain kat customer.

Pos Harini jangan kalut2 terus check. biasanya lepas jam 8malam nanti baru poslaju ada update tracking number tu.

Kalau lepas jam 8malam nanti tak ada jugak, check again dlm masa 48jam.

Check again dan again. Kena check SELALU.

KENAPA KADANG2 TU NOT FOUND?

1) System poslaju problem.
Benda ni normal. memang bergaduh dengan customer bila cust tuduh kita menipu tak pos brg lagi etc padahal brg poslaju dah collect. Tup2 ptg tu jugak brg tiba2 sampai. Hahh mmg time tu jugak cust tadi whatsapp mintak maaf sbb marah2. Benda ni saya dah banyak kali hadap. sebagai dropship uolls kena pandai explain kat cust. kalau dia mengamuk jugak cakap dengan dia bagi masa seminggu kalau still NOT FOUND, admin boleh pos barang AGAIN.

2) Poslaju terlepas pandang utk scan.
Bila brg dah banyak sangat, normal kalau tracking number lambat update. cuma pastikan customer SELALU CHECK TRACKING NUMBER tu. sbb bila2 masa je akan ada update.

3) Website check track tu tak betul.
yang ni dah byk kali berlaku baru2 ni. apa uolls boleh suruh cust buat GOOGLE POSLAJU TRACK. then click link yang pertama. cuba check again and again.

4) Barang Hilang.
Yang ni baru masalah serius. biasanya lepas 5hari still track not found, admin akan buat aduan pada poslaju. and kalau betul poslaju kata hilang boleh claim insurans dari poslaju. setakat ni pernah berlaku dua kali je sepanjang 3tahun ni.

Masalah2 lain contoh track tak jalan2 dok dekat poslaju rawangggg je memanjang. haa yang tu kena explain cara lain pulak.

1) Kawasan Poslaju tu busy terlalu banyak barang.
kawasan yg popular dgn kesibukan ni ialah poslaju Johor, Klang. yang lain so far okay.

2) Musim Perayaan
tak kira lah perayaan apa2. aidilfitri ke cina ke deepavali ke..

3) Poslaju je yang boleh explain.
Soooo silalah suruh cust tu call terus poslaju 1300300300 dan bg track tu kat poslaju lepastu tanya je la apa2 kat poslaju tu. setel.


ni link yg uolls boleh baca juga

https://sksatinscarf.blogspot.com/2016/05/apa-perlu-buat-bila-dapat-tracking.html?m=1

https://sksatinscarf.blogspot.com/2016/10/masalah-barang-masih-tak-dapat.html?m=1

Sunday, 5 August 2018

SYARAT DROPSHIP

OFFICIAL DROPSHIP SK SATIN SCARF

PERMULAAN
ada satu minggu fasa percubaan di mana dropship perlu guna harga dropship RM13 untuk sehelai tudung.

SELEPAS SEMINGGU
sesiapa yang gagal submit order sebanyak 5kali, akan dikeluarkan dari channel telegram + anda bukan dropship lagi.

Bagi yang berjaya submit order 5kali, anda barulah anda sah menjadi dropship SK SATIN SCARF dan boleh terus gunakan harga dropship RM10/helai.

kos postage
SEMENANJUNG RM8
SABAH SRWK RM12
TAK ADA FREE POSTAGE UNTUK HARGA DROPSHIP
_______________________________________

HARGA JUAL
RM15-RM20 sehelai.

GAMBAR
Boleh gunakan semua gambar yang admin dah pos di IG/FB. Tiada gambar lain akan disediakan.

WAJIB ADA 
Wajib download apps telegram dan join channel sebab admin akan update stok disini. soalan berulang yang admin dah jawab dalam channel ni admin tak akan layan dah yaa!
Klik link ini untuk join channel tersebut👉  https://t.me/joinchat/AAAAAEnUZPiCblg71ZIl7A



DISCLAIMER
Dropship ini hanya untuk yang dah faham konsep Dropship dan tahu menjual online. Admin juga hanya akan terima dropship yang aktif menjual secara online bukan yang nak beli untuk diri sendiri, family dan kawan2 saja. Jadi bila kena keluar dari channel telegram atau tak berjaya buat jualan 5kali dalam masa seminggu fasa percubaan, jangan emosional and marah2. Sebab admin strictly mencari dropship yang pandai menjual.

INFO PENTING
wajib bagi semua info di bawah di WHATSAPP SAYA SAHAJA. di DM INSTAGRAM/INBOX FB saya taknak ya sbb susah nak terima order 👇

Apa nama TELEGRAM u :
Taip nama medium u menjual 
FB -
IG -
Wajib bagi sekali Screenshot FB/IG tu pada saya

___________________________________


SYARAT PENTING UNTUK KEKAL SEBAGAI DROPSHIP DAN DAPAT HARGA DROPSHIP

1. Wajib submit order setiap bulan minimum 10kali.

2. Sekiranya tak cukup requirement ni anda bukan lagi dropship SK SATIN SCARF dan order anda tak layak mendapat harga dropship! Sila gunakan harga retail RM15 sehelai untuk order tudung. Admin juga akan remove & ban anda dari Channel Telegram.

3. Untuk menjadi dropship SEMULA - YURAN RM50 akan dikenakan untuk admin pastikan uolls betul2 boleh berikan komitmen. Namun syarat kekal dropship tetap kekal 10 order sebulan.
Jadi sila gunakan peluang *TIADA YURAN DIKENAKAN* yang diberikan sebaik-baiknya.

INFO PRODUK
😍Bidang 43.
😍Material Satin.
😍Senang Bentuk.
😍Tak rasa pekak bila pakai.
😍Material kain sedap pakai dan sejuk
😍Memang rasa selesa pakai walaupun tanpa inner sekalipun.
😍Corak Cantik2 & Print yang tak pudar.