SITI BEAUTY RICH

Friday, 17 August 2018

MASALAH TRACK NOT FOUND / TRACK TAK JALAN2

‼️‼️POSLAJU

kalau yang dah lama bisnes online guna poslaju mesti tahu bout this. tapi ada yang maybe baru start bisnes online still tak ada pengalaman.

sy dah bisnes online 3tahun lebih and mmg guna poslaju. sebagai dropship uolls kena tahu benda ni supaya senang nak explain kat customer.

Pos Harini jangan kalut2 terus check. biasanya lepas jam 8malam nanti baru poslaju ada update tracking number tu.

Kalau lepas jam 8malam nanti tak ada jugak, check again dlm masa 48jam.

Check again dan again. Kena check SELALU.

KENAPA KADANG2 TU NOT FOUND?

1) System poslaju problem.
Benda ni normal. memang bergaduh dengan customer bila cust tuduh kita menipu tak pos brg lagi etc padahal brg poslaju dah collect. Tup2 ptg tu jugak brg tiba2 sampai. Hahh mmg time tu jugak cust tadi whatsapp mintak maaf sbb marah2. Benda ni saya dah banyak kali hadap. sebagai dropship uolls kena pandai explain kat cust. kalau dia mengamuk jugak cakap dengan dia bagi masa seminggu kalau still NOT FOUND, admin boleh pos barang AGAIN.

2) Poslaju terlepas pandang utk scan.
Bila brg dah banyak sangat, normal kalau tracking number lambat update. cuma pastikan customer SELALU CHECK TRACKING NUMBER tu. sbb bila2 masa je akan ada update.

3) Website check track tu tak betul.
yang ni dah byk kali berlaku baru2 ni. apa uolls boleh suruh cust buat GOOGLE POSLAJU TRACK. then click link yang pertama. cuba check again and again.

4) Barang Hilang.
Yang ni baru masalah serius. biasanya lepas 5hari still track not found, admin akan buat aduan pada poslaju. and kalau betul poslaju kata hilang boleh claim insurans dari poslaju. setakat ni pernah berlaku dua kali je sepanjang 3tahun ni.

Masalah2 lain contoh track tak jalan2 dok dekat poslaju rawangggg je memanjang. haa yang tu kena explain cara lain pulak.

1) Kawasan Poslaju tu busy terlalu banyak barang.
kawasan yg popular dgn kesibukan ni ialah poslaju Johor, Klang. yang lain so far okay.

2) Musim Perayaan
tak kira lah perayaan apa2. aidilfitri ke cina ke deepavali ke..

3) Poslaju je yang boleh explain.
Soooo silalah suruh cust tu call terus poslaju 1300300300 dan bg track tu kat poslaju lepastu tanya je la apa2 kat poslaju tu. setel.


ni link yg uolls boleh baca juga

https://sksatinscarf.blogspot.com/2016/05/apa-perlu-buat-bila-dapat-tracking.html?m=1

https://sksatinscarf.blogspot.com/2016/10/masalah-barang-masih-tak-dapat.html?m=1

No comments:

Post a Comment